Pages

Friday 25 November 2011

Pendidikan Seni Visual - Singa Tarian

 Murid-murid sedang membuat Singa Tarian
 Hasil kerja murid
 Hasil kerja murid ( 1 )
 Hasil kerja murid ( 2 )
Hasil kerja murid ( 3 )














REFLEKSI
            Singa tarian kertas ini dibuat oleh murid-murid saya sempena Tahun Baru Cina. Semasa P&P dijalankan, saya mendapati langkah yang paling mencabar bagi murid saya adalah melipat tarian singa kertas itu. Langkah untuk melipat singa tarian itu amat rumit dan susah. Kebanyakan murid tidak dapat menyiapkan dengan sempurna. Akan tetapi, terdapat segelintir murid saya yang kreatif telah menghasilkan tugasan yang baik. Mereka membuat hiasan pada kotak tisu dan melekatkan singa tarian kertas itu di dalam kotak tisu tersebut. Secara tidak langsung, tugasan ini telah mencungkil bakat murid-murid saya yang kreatif itu.  
            Kelemahan yang dapat dikesan dalam pengajaran hari ini ialah bahan yang dipilih tidak sesuai dengan tahap murid saya. Ini menyebabkan kebanyakan murid saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Bagi murid-murid yang lemah, mereka juga tidak minat untuk menyiapkan tugasan ini.
            Pada P&P yang akan datang, saya akan memilih bahan yang sesuai dengan tahap murid saya supaya mereka dapat melibatkan diri dengan lebih aktif. Murid juga akan minat dalam menyiapkan tugasan mereka.

 

Pendidikan Seni Visual - Ikan 2


                                                                hasil kerja murid

REFLEKSI 
             Dalam sesi P&P ini, badan ikan merupakan satu cabaran untuk murid-murid saya. Kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana melipat badan ikan itu supaya menjadi dimensi 3-D. Selepas demonstrasi guru, barulah mereka dapat membuat badan ikan 3-D itu. Sepanjang sesi P&P, murid dapat menyiapkan tugasan mereka mengikut kehendak guru. Akan tetapi, kebanyakan hasil kerja  murid saya kurang kreatif. Mereka hanya mengikuti contoh-contoh hasil kerja yang dipamerkan oleh guru.
            Kelemahan yang dapat dikesan dalam P&P ini ialah pada permulaan proses P&P , saya tidak membuat demonstrasi yang jelas kepada murid-murid saya. Ini menyebabkan murid saya tidak dapat membuat badan ikan 3-D.
           Untuk memastikan P&P saya yang akan datang dapat dijalankan dengan lancar, saya akan membuat demonstrasi yang lebih jelas sebelum murid memulakan tugasan mereka. Demonstrasi dan arahan yang jelas akan memudahkan murid dalam menyiapkan tugasan mereka. Ini juga dapat memastikan sesi P&P saya dijalankan mengikut masa yang dirancangkan.                        

Pendidikan Seni Visual - Ikan



 Melukis mata ikan dengan menggunakan duit syiling.












menampal mata ikan pada badan ikan yang telah diwarnakan.






hasil kerja murid.










REFLEKSI
         Murid-murid berasa seronok dan berminat sepanjang P&P ini dijalankan. Mereka telah belajar bagaimana menggunakan pinggan kertas untuk membuat ikan. Secara tidak langsuang, mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan barang-barang kitar semula dalam bidang seni.
         Dalam sesi P&P ini, masa yang digunakan telah melebihi masa yang dirancangkan. Ini kerana saya telah menggunakan masa yang banyak untuk memberi penjelasan kepada murid.
         Untuk menambah baik kelemahan P&P saya ini, saya harus meringkaskan penjelasan saya dan memberi deomnstrasi kepada murid. Penjelasan yang ringkas tidak akan mengelirukan murid dan demonstrasi yang jelas dapat memudahkan murid lebih memahami apa yang ingin saya sampaikan.