Pages

Friday 9 December 2011

Rancangan pengajaran harian Kajian Tempatan - 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Mata pelajaran             : Kajian Tempatan

Tahun                          : 5M

Bil murid                     : 43 orang

Umur                           :  11 tahun

Tarikh                          : 14-5-2011 ( Jumaat )

Masa                            : 8.00 pagi – 8.30 pagi ( 30 minit )

Tema                           : Bab 7 : Kepentingan hutan

Objektif                       : 2. Mengenali bentuk muka bumi Malaysia dan kepentingannya.
                                      3.2 C Tumbuhan semulajadi dan hidupan liar
                                      (iii) Kepentingan hutan Negara Malaysia
·         Tempat perlindungan dan habitat hidupan liar
·         Habitat tumbuh-tumbuhan
·         Pembiakan hidupan laut
·         Membekalkan sumber alam
·         Pencegahan hakisan
·         Kawasan tadahan

Pengetahuan sedia ada:  Murid pernah mempelajari factor-faktor yang mempengaruhi pelbagai jenis  
                                     tumbuhan semulajadi di Malaysia seperti tanah-tanih, iklim dan sebagainya.
 
Hasil pembelajaran      : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.      Menyatakan kepentingan hutan di Negara Malaysia
2.      Menyenaraikan kepentingan hutan melalui gambar-gambar
3.      Menyenaraikan kepentingan hutan dengan menggunakan peta minda

Penerapan nilai-murni : Sayang kepada alam sekitar, kepentingan menghargai alam sekitar

Kemahiran berfikir      : Menghubungkaitkan, klasifikasi

Masa /Langkah  
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set induksi
( 3 minit)
Memaparkan gambar
-          Haiwan, tumbuhan, hutan
(sila rujuk lampiran 1)




Dari manakah tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan 
balak yang kamu nampak 
dalam gambar itu datang?

 







     1.      Guru menayang slide  untuk  
           memaparkan gambar haiwan, 
           tumbuhan dan hutan.
     2.      Guru mengemukakan soalan  
           kepada murid.
     3.      Guru menyerapkan nilai 
           murni semasa sesi soal jawab.
a)      Adakah anda mengekalkan keindahan alam sekitar ini? Mengapa?
b)      Apakah yang patut kita buat?
     4.      Guru mengaitkan aktiviti 
           dengan tajuk pelajaran.

KB: menghubungkaitkan

Penyerapan nilai murni:
Sayang kepada alam sekitar
BBM:
Projekter, computer, gambar
Langkah 1
( 10 minit)

Kepentingan hutan di 
negara Malaysia




  ~Tempat perlindungan
    dan habitat hidupan liar
  ~Habitat tumbuh-   
    tumbuhan
  ~ Pembiakan hidupan
     laut
  ~Membekalkan sumber  
    alam
  ~Pencegahan hakisan
  ~ Kawasan tadahan

( Lampiran 2 )




     1 .      Guru menunjukkan slide 
            show tentang kepentingan 
            hutan di negara Malaysia.
     2.      Guru memaparkan gambar 
           yang berlainan.
     3.      Guru membimbing murid 
           menyatakan kepentingan 
           hutan melalui gambar yang 
           ditunjukkan.
a)      Adakah perbuatan manusia yang menebang pokok secara rawak itu
betul? Mengapa?
b)      Apa yang perlu kita buat?
     4.      Guru menerangkan 
           kepentingan hutan dengan 
           mendalam.
KB:
Menghubungkaitkan,
klasifikasi
BBM:
Projekter, gambar
KB:
Penerapan nilai murni:
Menghargai pokok
Langkah 2
( 10 minit )
Peraturan aktiviti:
~ Murid dibahagi dalam  
   beberapa kumpulan. 
~ Ketua kumpulan diminta
   mengambil puzzle yang
   disediakan oleh guru.
~ Murid bekerjasama
   menyiapkan puzzle itu
   dalam kumpulan dan
   melekatkannya di atas
   kad manila.
~ Murid-murid menulis
   kepentingan hutan di
   bawah puzzle yang
   disiapkan.
~ Perbincangan

Gambar puzzle:
(sila rujuk lampiran 2)
     1.      Guru membahagikan murid dalam kumpulan.
     2.      Guru menerangkan peraturan aktiviti, murid mendengar dengan teliti.
     3.      Murid menyiapkan aktiviti dalam masa yang ditetapkan.
     4.      Ketua kumpulan akan menbentangkan hasil kerja mereka dan menyatakan kepentingannya.
     5.      Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid.
BBM:
Kad manila, puzzle


Langkah 3
( 5 minit )
Lembaran kerja:
( sila rujuk lampiran 3 ) 
     1.      Guru menyedarkan lembaran kerja kepada murid.
      2.      Guru memberi keterangan tentang lembaran kerja itu.
     3.      Murid menyiapkan lembaran kerja itu dalam masa yang ditetapkan.
     4.      Guru memberi bimbingan kepada murid.
     5.      Murid menyemak jawapan.
     6.      Perbincangan

BBM:
Lembaran kerja

KB:
Klasifikasi

Penutup
( 2 minit )

Kepentingan hutan di 
negara Malaysia
 



 ~Tempat perlindungan
    dan habitat hidupan liar
  ~Habitat tumbuh-   
    tumbuhan
  ~ Pembiakan hidupan
     laut
  ~Membekalkan sumber  
    alam
  ~Pencegahan hakisan
  ~ Kawasan tadahan




     1.      Guru membimbing murid menyatakan kemahiran yang dipelajari pada hari ini.
     2.      Guru menyoal dan menerapkan nilai murni.
a)      Apa yang perlu kita buat, jika ingin memiliki alam sekitar yang indah?
.
3.      Guru menerapkan pengajian masa depan dengan menyoal soalan.

KB:
Klasifikasi

Penerapan nilai murni: menghargai alam semulajadi












 REFLEKSI
Saya telah mengajar tajuk “ Kepentingan Hutan”  Tahun 5M. Hari ini saya telah menggunakan computer sebagai bahan bantu mengajar saya. Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Penggunaan ICT dalam pengajaran saya telah berjaya menarik perhatian dan minat murid-murid saya sepanjang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Gambar-gambar yang dipaparkan dengan menggunakan Power Point itu membolehkan murid-murid saya melihat dengan jelas dan membantu mereka  lebih memahami apa yang telah dipelajari hari ini.

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan amat sesuai dan dapat menarik perhatian murid-murid saya. Mereka bekerjasama dan menumpukan sepenuh perhatian  semasa aktiviti ini dijalankan. Melalui aktiviti ini, mereka dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini membolehkan saya mengetahui kefahaman murid-murid terhadap  isi pelajaran yang saya mengajar itu.

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya dapati masa yang diperuntukan adalah tidak mencukupi. Murid-murid saya telah menggunakan masa yang panjang semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Ini adalah mungkin puzzle yang saya sediakan itu amat sukar bagi mereka. Ini juga kerana gambar puzzle itu tidak jelas dan rumit menyebabkan mereka perlu menggunakan masa yang panjang untuk menyiapakan puzzle itu.

Kaedah yang digunakan oleh saya sepanjang pengajaran dan pembelajaran ini kurang memusatkan murid. Semasa sesi soal jawab, saya yang banyak membimbing murid untuk  menjawab soalan yang dikemukakan. Sebenarnya, saya perlu memberi peluang kepada murid saya untuk cuba menjawab soalan yang saya kemukakan itu diri sendiri. Ini mungkin kerana soalan saya tidak sesuai dengan tahap murid saya dan menyebabkan mereka tidak memahami soalan saya.

Saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran saya dengan lebih berkesan supaya ia lebih memusatkan murid. Kaedah penyampaian saya perlu bersesuaian dengan tahap murid, barulah murid dapat menjawab soalan saya tanpa bimbingan saya. Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlu dilaksanakan. Contoh-contoh yang diberi atau soalan-soalan yang dikemukakan perlu bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Pengurusan masa juga perlu diperbaiki supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Aktiviti-aktiviti yang disediakan perlulah sesuai dengan tahap pemikiran murid supaya murid tidak menggunakan masa yang banyak dalam aktiviti-aktiviti tersebut.











No comments:

Post a Comment