Pages

Thursday 1 December 2011

Bahasa Malaysia

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ( RPH )


Mata pelajaran          :  Bahasa Melayu

Tahun                         :  4B

Bilangan murid         : 26 orang

Tema                          : Makanan Berkhasiat Hidup Sihat

Tajuk                          :  Buah-buahan

Tarikh                        : 27 Oktober 2011

Masa                           : 8.00 pagi – 8.30 pagi

Objektif                      : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;

i)                    membaca dan menyatakan isi penting mengenai
buah-buahan daripada petikan secara lisan.
ii)                  menyatakan pandangan yang sesuai mengenai topik buah-buahan tempatan.
iii)                Membina ayat seruan dengan kata seru

Hasil pembelajaran :  6.3 Aras 1 ( i )
                                      Membaca dan menyatakan fakta yang terdapat dalam teks.

4.1    Aras 1 ( i )
                                       Mengamati topik sesuatu isu untuk memberikan pandangan
                                       yang relevan.


Kemahiran Bahasa   :   Kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur,
                                        kemahiran menulis.

Sistem Bahasa            :  Tatabahasa ; Kata seru
                                        Sebutan dan intonasi

Ilmu                            :  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Nilai                            : Peka terhadap isu sosial

Kemahiran Bernilai
Tambah                      :

KB                              : Menjana idea
BCB                            : Meringkaskan maklumat
KP                               : Interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik, naturalis, kinestetik
Pengetahuan Sedia
Ada                             : Murid dapat menceritakan pengalaman mengenai buah-                  
                                      buahan tempatan  dengan cara bercerita menggunakan
                                      ayat sendiri.
BBB                            : komputer dan LCD


Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Murid ditunjukkan teka-teki yang berkaitan dengan buah-buahan.



Set induksi (3 minit)
i) Murid diminta meneliti
gambar yang dipaparkan.
ii) Murid diminta menyebut nama buah-buahan yang tersembunyi di dalam kotak.
iii) Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran.

KB :
Menghubungkait, membuat inferens

BCB :
Mendengar dengan teliti

BBB : power-point
Guru memaparkan petikan Buah-buahan tempatan melalui  power point.

Soalan-soalan :

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan berkhasiat?
  2. Mengapakah durian digelar Raja Buah?
  3. Buah apakah yang paling kamu suka?

Langkah 1 (10 minit)
i) Murid dipaparkan petikan mengenai buah-buahan menggunakan power point.
ii) Murid membaca teks secara mekanis.
iii) Murid menyatakan fakta yang terdapat dalam teks berdasarkan soalan guru.
iv) Guru memberi peneguhan positif kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul.
KB : Menjana idea
BCB : Membaca  secara mekanis
KP: Verbal-linguistik
TMK : power-point
Nilai :
Guru mengadakan aktiviti perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan di hadapan kelas.
Langkah 2 (  14 minit    )
i) Murid  dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii) Dalam kumpulan, murid diminta membina ayat menggunakan kata seru dan gambar yang diberikan.
iii) Seorang wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpuln masing-masing.
iv) Murid-murid kumpulan lain mencatat hasil perbincangan tersebut.


KB :  mengenalpasti
BCB : mencatat nota
KP : Intrapersonal
Nilai : Bekerjasama
           Keyakinan
       

Guru membuat rumusan isi pelajaran dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang telah mereka pelajari.
Guru menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Penutup ( 3 minit )

i) Murid menjawab soalan guru tentang isi pelajaran.
ii) Guru mengaitkan nilai murni dengan isi pengajaran dan pembelajaran.
iii)Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
iv)Murid membuat latihan yang diberi oleh guru.



 REFLEKSI
Kelemahan dan kekurangann yang dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan makropengajaran saya ialah sebahagian murid saya tidak melibatkan diri secara aktif. Ini adalah kerana mereka lemah dalam Bahasa Malaysia dan tidak memahami arahan yang diberi oleh guru. Aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh saya juga kurang menarik minat murid saya dan menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran saya amat membosankan. Ini juga salah satu punca murid saya tidak melibatkan diri dengan aktif.
Selain itu, ketepatan masa juga merupakan salah satu kelemahan makropengajaran saya. Masa yang diambil untuk menjalankan sesi makropengajaran ini ialah 30 minit, tetapi masa yang telah saya ambil adalah lebih cepat berbanding dengan masa yang dirancangkan. Masalah pengurusan masa ini telah menyebabkan saya mengubah rancangan pengajaran saya iaitu meminta ketua kumpulan menulis jawapan di papan hitam.
 
LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemaham yang dikenalpasti dalam pengajaran makro saya, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah penglibatan murid saya. Saya perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik supaya murid saya dapat melibatkan diri dengan aktif. Saya boleh menggunakan bahan maujud dalam set induksi saya. Saya juga boleh menyediakan aktiviti yang berbentuk permainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Arahan yang jelas dan ringkas juga dapat membantu murid yang lemah dalam Bahasa Malaysia untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ketepatan masa perlu diikuti untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya perlu menepati ketepatan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran harian saya. Ini akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan menyediakan aktiviti-aktiviti saya dengan lebih menarik dan menyeronokkan. Saya juga akan menggunakan bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, video, handouts dan sebagainya untuk menarik tumpuan murid saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya akan mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid saya tidak berasa bosan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.





No comments:

Post a Comment