Pages

Friday 9 December 2011

Rancangan pengajaran harian Kajian Tempatan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Mata pelajaran             : Kajian Tempatan

Tahun                          :  5M

Bil murid                     :  43orang

Umur                           :  11 tahun 

Tarikh                          :    5-5-2011 ( Rabu )

Masa                            : 10.20 pagi – 10.50 pagi ( 30 minit )

Tema                           : Jenis-jenis tumbuhan semulajadi dan hidupan liar

Objektif                       : 1) mengetahui flora dan fauna di Malaysia dan Negara lain
                                      2) menyatakan dengan contoh flora dan fauna di
                                         a) tanah pamah
                                         b) tanah tinggi

Pengetahuan sedia ada:  Murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang flora dan 
                                             fauna.          
                                                                   
Hasil pembelajaran      : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.      Menyatakan jenis-jenis flora dan fauna di Negara kita.
2.      Membezakan flora dan fauna di pelbagai habitat.

Penerapan nilai-murni : menyayangi tumbuhan dan hidupan lain yang terdapat di persekitaran
                                          kita.

Kemahiran berfikir      : Klasifikasi, berbanding

Alat bantu mengajar    : LCD, Kad manila, Kad perkataan





Masa /Langkah  
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set induksi
( 3 minit)
Slide tentang Alam semulajadi







      1. Guru menayang slide alam 
         semulajadi.

      2. Guru mengemukakan   
         soalan tentang alam 
         semulajadi kepada murid.

      3.  Guru membimbing murid  
        untuk menyatakan cara   
        menjaga alam semulajadi 
        kita.

      4. Guru menyatakan tajuk  
         pada hari ini ialah 
         “jenis-jenis flora dan fauna  
         di  Malaysia”.

Penyerapan nilai murni:
Sayang kepada alam sekitar

BBM:
LCD, Komputer
Langkah 1
( 10 minit)

Sila rujuk Lampiran 1



 




      1.    Guru menayangkan 
            gambar flora dan fauna  
            melalui slide.

        2.  Murid memahami jenis 
           flora dan fauna secara 
           mendalam.

       3. Guru memberi keterangan.

KB:
Pengelasan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar

BBM:
LCD
Langkah 2
( 10 minit )
Peraturan aktiviti:

~ Wakil dari setiap kumpulan
   mencabut sekeping kad dari
   kotak.
~ Setiap kad telah ditulis
   beberapa jenis flora dan
   fauna. Murid-murid
   menglasifikasi flora dan fauna
   mengikut habitat.
~ Murid membentangkan hasil
   kerja selepas 10 minit dibeli
   untuk menjalankan tugasan.


      1. Murid-murid dibahagikan    
         kepada 8 kumpulan untuk 
         menjalankan aktiviti.

      2. Guru menyatakan peraturan 
         aktiviti yang perlu dipatuhi.

      3. Murid menyiapkan aktiviti 
        dalam masa yang 
        ditetapkan.

      4. Murid-murid menbentangkan hasil kerja mereka 

      5.  Perbincangan .
BBM:
Kad manila

KB:
Klasifikasi
Langkah 3
( 5 minit )
Sila rujuk lampiran 2
     1.      Murid menyatakan dua 
             jenis flora dan fauna.

     2.      Guru menyoal untuk 
             mendapatkan maklumat.

     3.      Guru menuliskan 
             perbezaan antara flora 
             dan fauna pada papan       hitam.

4.      Perbincangan

BBM:
Kad perkataan


KB:
Berbanding

Penutup
( 2 minit )







      1. Guru membimbing murid 
        untuk menyatakan  
        kemahiran  yang dipelajari 
        pada hari ini.

      2. Guru membimbing murid 
         untuk menyatakan nilai 
         murni yang terdapat dalam   
         topic ini.

      3. Guru menyoal murid cara 
         untuk melindungi flora dan 
         fauna di Negara kita.

      4.  Murid menjawab secara 
          lisan.

Penerapan nilai murni: menyayangi alam semulajadi












REFLEKSI
       Sesi P&P ini dijalankan dengan lancar, murid-murid melibatkan diri dengan aktif semasa aktiviti-aktiviti dijalankan. Melalui slaid yang ditayang oleh guru, murid-murid lebih memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Murid-murid juga boleh mengenali flora dan fauna yang tidak pernah dijumpai melalui gambar yang ditayang oleh guru.
      Aktiviti kumpulan yang disediakan dalam sesi P&P ini amat mencabar kepada murid-murid saya. Beberapa kumpulan tidak dapat menglasifikasi flora dan fauna mengikut habitat. Ini mungkin kerana mereka tidak memahami apa yang diajar oleh guru atau mereka tidak dapat membezakan habitat flora dan fauna.
     Untuk mengatasi masalah tersebut, saya mesti mengumpul lebih banyak maklumat sebelum sesi P&P dijalankan.Di samping itu, saya juga harus memberi penerangan yang jelas supaya murid-murid saya akan memahami apa yang ingin disampaikan oleh saya.


No comments:

Post a Comment